Tentang Kami

I1 kereta adalah laman web dikendalikan oleh syarikat penyewaan kereta terkemuka, Big Thumb yang bertujuan memberikan maklumat mengenai sistem pajakan kereta bagi perniagaan kereta sewa kami.

Big Thumb adalah sebuah syarikat sewa kereta tempatan yang terletak di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi dan Ipoh .Kami menawarkan perkhidmatan penyewaan kereta untuk kegunaan peribadi dan perniagaan dengan pilihan kereta komprehensif pada harga yang berpatutan.

Misi kami adalah membina perniagaan kereta sewa yang amat berjaya dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti dan penanda aras untuk perniagaan kereta sewa di seluruh Malaysia. Kami bekerja keras dan bersemangat mengejar matlamat kami untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan rakan kongsi kami.

Memandangkan permintaan yang tinggi daripada pelanggan kami, kami membuka peluang perniagaan kepada mereka yang berminat dalam perniagaan sewa kereta.

Laman web ini dirancang khusus untuk memberikan maklumat tentang bagaimana anda boleh memajak kereta anda kepada kami dan menjana pendapatan bulanan pasif. Pada masa yang sama, kami dapat membantu pemilik kereta untuk mengurangkan komitmen bulanan serta menyelesaikan masalah kewangan jangka pendek dengan menyewakan kereta mereka.

Syarikat kami mempunyai cawangan di pelbagai lokasi dengan lebih dari 100 kereta. Laman web tempahan kami amat popular dan menerima > 1000 ulasan positif dari halaman perniagaan Facebook dan Google.

Kami juga membuka perniagaan francais di lokasi lain pada masa sekarang.

Jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami jika anda berminat memajak kereta anda untuk menjana pendapatan pasif bulanan atau menjadi rakan francais kami.