Sistem Pajak Kereta yang Menjana Pendapatan Bulanan


Adakah anda ingin meningkatkan pendapatan bulanan anda melalui kereta sedia ada yang jarang digunakan tetapi masih membayar ansuran bulanan pada bank?

Memajakkan kereta anda kepada syarikat kereta sewa terkemuka seperti kami adalah salah satu cara untuk mendapatkan pendapatan bulanan tambahan.

Anda boleh mula memperoleh pendapatan bulanan tanpa perlu mencari pelanggan dan mengendalikan operasi sewa kereta.

Kami adalah syarikat kereta sewa yang telah beroperasi selama 8 tahun semenjak 2011. Untuk memenuhi permintaan tinggi bagi perkhidmatan sewa kereta, kami berminat untuk membuka peluang bagi sesiapa yang berminat menjadi rakan kongsi kami.

Anda boleh bekerjasama dengan kami dengan memajakkan kereta baru anda atau jika anda mempunyai kereta yang memerlukan seseorang untuk membayar ansuran bulanan pinjaman kereta bagi membantu mengurangkan komitmen anda. Sebagai balasan, anda boleh meraih keuntungan bulanan.

Apakah Sistem Pajak Kereta?

Secara ringkas, tujuan pajakan kereta adalah pemilik kereta sendiri memberi kebenaran penuh kereta tersebut kepada pihak kedua untuk masa tertentu dengan perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Biasanya, tempoh perjanjian pajakan kereta adalah lebih dari 1 hingga 5 tahun. Sebagai balasan, pemilik kereta akan mendapat keuntungan baik dari syarikat sewa kereta itu.

Semasa tempoh pajakan kereta, pemilik kereta tidak perlu membayar sebarang ansuran pinjaman dan kos penyelenggaraan kereta.

Bagaimanakah Sistem Pajak Kereta ini berfungsi?


  • Kami menawarkan sistem pajakan kereta berdasarkan konsep perkongsian keuntungan.
  • Pemilik kereta bersetuju untuk menyewakan kereta tersebut kepada syarikat kereta sewa, dalam tempoh tertentu.
  • Kereta itu akan diurus dan disewa oleh syarikat sewa kereta. Pinjaman kereta akan dibayar oleh kami. 
  • Kesemua keuntungan bulanan akan dibahagikan mengikut syarat yang dipersetujui dan dikongsi dengan pemilik kereta.
  • Pengagihan keuntungan bersih untuk kenderaan adalah berdasarkan formula 70%: 30%, yang bermaksud syarikat akan mengambil 70% manakala pemilik kenderaan akan menerima 30% pada akhir setiap bulan.
  • Di musim puncak tertentu di mana kereta itu disewa pada bulan penuh, pemilik kereta akan mendapat lebih banyak keuntungan daripada syarikat sewa kereta tersebut.

Siapa yang patut menyertai Sistem Pajak Kereta kami?


  • Pemilik kereta yang mempunyai masalah untuk membayar balik pinjaman kereta mereka dengan bank.
  • Pemilik kereta yang mempunyai komitmen pinjaman bulanan yang tinggi.
  • Pemilik kereta yang bekerja di luar negara & kereta mereka tidak digunakan.
  • Individu yang mencari rakan kongsi perniagaan bagi meningkatkan pendapatan pasif bulanan mereka.

12 Manfaat Sistem Pajak Kereta


  1. Ansuran Pinjaman Kereta dibayar oleh syarikat.
  2. Kos perkhidmatan, cukai jalan & insurans dan kerosakan dibayar oleh syarikat.
  3. Syarikat akan membayar kos penyelenggaraan kereta.
  4. Pemilik kereta menerima pendapatan pasif daripada perkongsian keuntungan.
  5. Pemilik kereta tidak perlu menguruskan perniagaan.
  6. Dasar KETELUSAN, pemilik kenderaan akan dimasukkan ke dalam Kumpulan WhatsApp Khas bagi membolehkan pemilik memantau pengurusan kenderaan dan memberi maklum balas apabila diperlukan.
  7. Sistem PENGURUSAN RISIKO, kami sentiasa komited terhadap pengurusan risiko untuk memastikan yang kereta anda mencapai keuntungan maksimum dengan risiko yang minimum.
  8. Tanggungjawab Pemasangan GPS untuk pemantauan kenderaan yang berterusan, 24 jam sehari.
  9. Pemilik harus dapat melihat KENDERAAN pada sebarang masa.
  10. Kami mempunyai pasukan pemasaran kuat yang dapat memaksimakan penggunaan kereta dan meningkatkan keuntungan anda.
  11. Kami boleh melanjutkan kontrak pajakan sehingga 5 TAHUN bergantung kepada keadaan kereta.
  12. Peluang untuk memulakan perniagaan sewa kereta anda sendiri atau peluang untuk bekerja bersama bagi perniagaan kereta sewa.

Bagaimana mencari syarikat yang tepat untuk memajak kereta anda?


Secara ringkas, syarikat tersebut harus ditubuhkan sekurang-kurangnya 5 tahun ke atas. Syarikat itu harus di kenali dan mempunyai reputasi yang baik dalam industri sewa kereta.

 Syarikat kami telah beroperasi sejak tahun 2011 hingga ke hari ini. Kami beroperasi di pelbagai lokasi dan mempunyai beribu - ribu ulasan yang bagus di Facebook dan halaman perniagaan Google. Kami akan kongsikan lebih lanjut berkenaan latar belakang syarikat apabila anda berhubung dengan kami.

Terma & Syarat Sistem Sewa Kereta


Berikut adalah terma & syarat asas untuk menyertai sistem pajakan kereta kami.  Terma syarat terperinci dan formal akan ditulis dalam perjanjian perkongsian.

  1. Kereta baru atau kurang dari 1 tahun.
  2. Jenis kereta bergantung kepada permintaan pelanggan dan lokasi.
  3. Minima Perjanjian pajakan adalah 1 tahun dan maksima adalah 3 tahun bergantung pada keadaan kereta. Kontrak ini boleh diperbaharui bergantung kepada keadaan kereta sehingga 5 tahun.
  4. Kereta tersebut dalam keadaan baik (disahkan oleh mekanik kami).
  5. Kami menerima jenis kereta tertentu bergantung kepada permintaan pasaran dan lokasi. Kami hanya mengambil model tertentu untuk memastikan anda dapat memperoleh keuntungan maksima dalam jangka panjang.
  6. Pemilik kereta perlu sedar tentang risiko yang mungkin mereka hadapi dan tertulis di dalam perjanjian.

Pengiraan Keuntungan Bulanan


Keuntungan bulanan sangat bergantung pada lokasi, model kereta dan tempoh.

Sebagai contoh, semasa musim puncak seperti cuti sekolah atau tempoh akhir tahun, permintaan perkhidmatan sewa kereta akan memuncak. Oleh yang demikian, pemilik kereta boleh meraih lebih banyak pendapatan semasa musim puncak.

Berdasarkan pengalaman kami, berikut adalah pendapatan bulanan purata sepanjang setahun.

  • Honda City RM 250.00
  • Honda Accord RM 300.00
  • Hyundai Elantra RM 250.00
  • Perodua Alza RM 250.00
  • Perodua Axia RM 200.00
  • Perodua Bezza RM 200.00
  • Perodua Myvi RM 200.00
  • Perodua Viva RM 150.00
  • Proton Saga RM 200.00
  • Toyota Vios RM 250.00

Bagaimana untuk menyertai Sistem Pajak Kereta kami?


Sila hubungi 013-231 6681 (Encik Anthony) dan kongsikan maklumat kereta anda.

Sekiranya anda sesuai, kami akan mengadakan temujanji untuk memeriksa kereta anda dan berkongsi cadangan terperinci kami.

Resources:  BMW - Toyota - Honda - Nissan-Renault - Volkswagen - Hyundai - Ford - Kia - Carlist - Paultan